Saturday 27 July 2013

Resepi Durian Crepe Simple Paling Sedap


RESEPI DURIAN CREPE SIMPLE PALING SEDAP 


Pengenalan

Resepi Durian Crepe Simple merupakan sejenis pencuci mulut yang terkenal di seluruh Malaysia dan kelihatan sama seperti kuih ketayap, tetapi kulitnya nipis manakala isi dalamnya akan dilapiskan dengan krim whipping dan juga isi durian. Kesukaan ramai orang terhadap Durian Crepe disebabkan kombinasi yang luar biasa dan telah menjadi suatu kegilaan di kalangan masyarakat melayu. Durian Crepe sebenarnya merupakan makanan yang telah lama terhangat di pasaran dan banyak dijual di merata tempat.


Lempeng bukan makanan yang asing di negara ini. Selain lempeng, panggilan lain yang lebih terkenal dan diketahui oleh ramai adalah crepe. Crepe sebenarnya berasal dari Switzerland dan Crepe Suzette adalah lempeng yang paling popular dari negara yang memang terkenal dengan pelbagai jenis pemanis mulut dan coklat itu. Crepe Suzette adalah lempeng kosong yang disajikan dengan pelbagai jenis buah-buahan. Lempengnya akan dimasak dengan alkohol dan buah-buahan dengan teknik masakan yang dipanggil sebagai Flambe.


Cara-Cara atau prosedur untuk resepi durian crepe adalah tidak rumit dan susah kerana peralatan yang diperlukan adalah sangat minimum, hanya teknik membuat dan memasak crepe sahaja yang agak sukar. Adunan crepe perlu ditapis agar adunannya menjadi halus, tetapi jika tekniknya tidak betul, permukaan lempeng akan menjadi tidak rata dan tidak nipis seperti yang sepatutnya. Tahap kemasakan juga perlu diberi perhatian kerana jika terlebih masak adalah sangat sukar untuk melipat crepe dan yang paling ketara sekali tidak boleh terlebih masak kerana warna permukaannya menjadi tidak cantik selepas crepe dilipat.


Kuali yang diperlukan untuk memasak crepenya adalah jenis tidak melekat bersaiz 8-10 inci. Api yang sederhana perlu digunakan supaya lempeng masak dengan cantik. Untuk intinya, krim yang paling sesuai adalah jenis topping cream atau krim yang digunakan sebagai aising kek. Ini jenis krim bukan tenusu yang diperbuat daripada minyak sayuran dan senang dibeli di pasar raya. Rasanya lebih enak berbanding dengan krim putar biasa. Selepas dipukul boleh meletakkan apa sahaja perisa seperti durian dan sebagainya. Penggemar-Penggemar crepe sangat suka menggunakan buah durian sebagai intinya terutamanya pada mereka yang memang suka rasa dan bau durian. Selain daripada itu, Durian Crepe juga sedap sangat dimakan selepas disejukkan di dalam peti sejuk.




Resepi Durian Crepe Simple

Bahan-Bahan untuk Kulit Durian Crepe

(Sesuai untuk 6 – 8 orang)

50gm tepung gandum

1 sudu besar tepung ubi

1 biji telur

2 sudu besar gula halus

3 sudu besar mentega (dicairkan)

40ml susu cair

160ml air

1 sudu kecil esen vanila

1 sudu kecil pewarna

(atau perisa buah-buahan mengikut citarasa masing-masing)


 



2 Jenis Tepung

50gm tepung gandum

1 sudu besar tepung ubi



5 Jenis Tepung

20gm tepung gandum

10gm tepung ubi

10gm potato starch

10gm tepung kastard

10gm tepung jagung


 



7 Jenis Tepung

10gm tepung hongkong

10gm tepung gandum

10gm tepung ubi

10gm potato starch

10gm tepung jagung

5gm tepung hoen kwe (warna kuning)

5hm tepung kastard



Bahan-Bahan untuk Inti Durian Crepe

Isi durian yang dibuang bijinya

150ml krim segar (dipukul)



 


Cara-Cara untuk Membuat Kulit Durian Crepe

1) Jika memilih kulit dibuat dengan dua jenis tepung, satukan tepung gandum dan tebung ubi di dalam mangkuk adunan terlebih dauhulu. Kedua-dua tepung mestilah diayakkan. Jika memilih kulit dibuat dengan 5 atau 7 jenis tepung, cara yang sama akan diaplikasikan juga.

2) Masukkan sekali gula halus. Kemudian tuangkan susu cair ke atasnya.

3) Selepas itu, masukkan pula telur yang dikacau sedikit dengan menggunakan garfu terlebih dahulu.

4) Campurkan esen vanila atau perisa vanila ke dalam satu bekas. Selepas itu, masukkan air dan kacau sehingga sebati dengan menggunakan whisker.

5) Masukkan air secukupnya dan mentega yang dicairkan. Kacau mengikut arah pusingan jam. Kemudian masukkan pewarna mengikut suka hati dan kacau dengan rata. Tapiskan adunan.

6) Setelah tapis, adunan tersebut sedia untuk dimasak.

Tips: kulit crepe mestilah dibuat dengan nipis. Kalau kulitnya tebal, ia tidak boleh dilipat dengan cantik dan menjadi besar. Cara untuk menipiskan kulit crepe adalah mencairkan sedikit adunan dan jauhkan dari api semasa ratakan adunan itu.


 


Cara-Cara untuk Memasak Kulit Durian Crepe

7) Pertama sekali, gunakan kuali tidak melekat atau kuali leper bersaiz 8-10 inci yang disapu dengan sedikit minyak.

8) Panaskan kuari tersebut dengan api kecil.

9) Tuangkan sesenduk kecil adunan ke dalam kuali tersebut, kuali yang digunakan jangan terlalu tebal atau nipis sangat. Biarkan masak seketika.

10) Adunan tersebut tidak perlu diterbalikkan dan hanya masak sebelah bahagian sahaja semasa proses memasak.

11) Apabila sudah masak, adunan tersebut boleh terus diangkat buat seketika.


 



Cara-Cara untuk Membuat Inti Durian Crepe

1) Bentangkan kepingan kulit tadi yang lebih licin di sebelah bawah.

2) Letakkan sesudu krim segar yang diputar sampai kental terlebih dahulu, kemudian letakkan isi durian dan letakkan krim segar sekali lagi di atasnya.

3) Letakkan inti durian yang banyak kalau kulit tersebut lebih besar.

4) Tarik kulit kiri dan kanan dengan berhati-hati. Kemudian tarik kulit bahagian atas ke bawah dan bahagian bawah ke atas. Inti tersebut tidak boleh ditekan. Kemudian crepe itu diterbalikkan dan akhirnya berjaya dihasilkan.

 

5) Simpankan Durian Crepe yang siap dilipat ke dalam peti sejuk beberapa jam sebelum dihidangkan untuk makan.

Kesimpulannya, prosedur untuk membuat Durian Crepe adalah tidak rumit dan senang untuk belajar. Asalkan ulas bagi membuat kulit durian crepe mestilah dicanai halus serta nipis dan yang paling penting ketika proses menggulung perlu padat dan gemuk supaya bentuknya lebih cantik. Tambahan pula, kulit Durian Crepe seboleh mungkin jangan mempunyai rasa tepung dan mestilah dominan rasa duriannya supaya lebih sedap untuk dimakan.

Resepi Durian Crepe menjadi semakin terkenal di kalangan generasi muda sekarang dan sesuai disediakan untuk sebarang majlis keraian seperti majlis harijadi, majlis perkahwinan, majlis ulang tahun, majlis perkahwinan dan sebagainya. Pada masa kini, resepi Durian Crepe simple merupakan sejenis desert atau pencuci mulut yang bakal menjengah kepasaran Malaysia disebabkan reka bentuknya yang menarik dan sedap dimakan dengan harga yang berpatutan.